Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

2,200 Pengakap Sertai NS Scout Urban Jamboree 2024

By 28 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Fauzi

TAMPIN, 28 Jun (Malaysiaaktif) – NS Scout Urban Jamboree 2024 telah disertai oleh seramai 2,200 ahli pengakap daripada Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.

Program perkhemahan yang bermula  26 Jun lalu dan akan tamat pada 29 Jun ini melaksanakan pelbagaii aktiviti seperti membina jambatan, membina menara kaca, ikatan menyelamat dan sebagainya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang menyertai program selaras dengan Enam Teras Malaysia Madani.

“Dengan menyertai jambori kali ini peserta berpeluang mempelajari mengenai adat dan budaya unik di Negeri Sembilan.

“Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong sebarang program dan aktiviti yang dilihat boleh membangunkan generasi muda khususnya anak muda Negeri Sembilan,” katanya kelmarin.

Turut hadir Setiausaha kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Ketua Pengakap Negara Mejar Jeneral  Datuk Profesor Dr. Haji Mohd Zin Bidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh Suhaimizan Bizar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda