Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

24 Ogos Khabar Gembira Buat Orang Melaka

By 5 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Nurfariza Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Orang Melaka akan menerima khabar gembira bersempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Melaka pada 24 Ogos nanti.

Ucapan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam Ucapan Taat Setia Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Sempena Pelantikan TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Penggal Kedua di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini hari ini kerajaan negeri mencadangkan supaya cuti peristiwa diberikan kepada negeri Melaka pada tarikh tersebut melalui anjakan pada hari Isnin dengan menawarkan kad pengenalan 04 serta pemastautin untuk menikmati kemasukkan secara percuma di lokasi pelancongan yang terdapat di negeri Melaka.

“Tatkala Melaka telah mencapai beberapa prestasi cemerlang dan akan terus membina kegemilangan dan kelestarian sepertimana dicapai suatu masa dahulu yang terkenal dengan empayarnya, marilah bersama kerajaan dalam meneruskan iltizam dan bersungguh-sungguh melakar lebih banyak pencapaian sejajar dengan hala tuju pembangunan yang dirangka dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2025.

Sesi bergambar.

“Kerajaan Negeri yakin dan percaya, penduduk negeri ini memiliki kredibiliti yang tinggi dan cemerlang sehingga diberikan kepercayaan dan tumpuan untuk melaksanakan acara-acara yang berskala besar seperti sebelum ini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda