Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

30 Pelajar Cemerlang Parlimen Setiawangsa Dirai

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norizah Hj Jadid/ Muhammad Zayed Barak (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang pelajar dirai untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023, pencapaian Aliran Agama dan Kurikulum Parlimen Setiawangsa.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setiap kejayaan yang dicapai oleh pelajar perlulah disumbangkan kembali kepada masyarakat dalam apa juga bentuk.

Ucapan perasmian dari YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ali Parlimen Setiawangsa

“Golongan muda masa kini perlu lebih bersedia menghadapi cabaran persaingan dan perlu melengkapi diri dengan kemahiran unik agar kekal kompetitif dan berdaya saing,” katanya ketika ditemui ketika merasmikan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani Peringkat Parlimen Setiawangsa di Laman NMR AU3, Setiawangsa, semalam.

Tambahnya, program yang dianjurkan oleh Komuniti Madani Parlimen Setiawangsa dibawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) WPKL & Putrajaya ini juga memberi kesan yang baik kepada masyarakat untuk menjelaskan beberapa isu kerana era ini maklumat di hujung jari dan perlu memastikan maklumat yang diterima adalah betul.

YB Nik Nazmi Nik Ahmad menyantuni pelajar yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Parlimen Setiawangsa

Risalah dan bahan penerbitan dari JAPEN juga turut diedarkan di program ini.

Turut hadir Pengarah JAPEN WPKL&P, Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Haji Sabarudin Yeop Hamza.

-AA-

Tinggalkan komen anda