Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

35 Syarikat Tawar 3,000 Peluang Pekerjaan di Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka CareerTrans

By 25 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

AYER KEROH, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan agensinya PERKESO bersama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjur Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka CareerTrans 2024 pada 13 dan 14 Julai nanti bertempat di Dewan A, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka Ngwe Hee Sem, sebanyak 35 syarikat pelbagai industri dalam dan luar Melaka akan bersama dalam karnival ini dan dijangkakan lebih 3,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan.

Ngwe Hee Sem menyeru rakyat Melaka mengambil peluang dengan hadir di Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka CareerTrans 2024.

“Golongan rentan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan peluang pekerjaan dalam sektor β€˜gig ekonomi’ (ekonomi jangka pendek) juga diberi perhatian,” katanya, di sini hari ini.

Katanya lagi, penganjuran karnival tersebut membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir.

“Saya menyeru rakyat Negeri Melaka terutama belia dan para graduan mengambil peluang hadir ke program ini dan percaya penganjuran karnival ini akan meningkatkan kesejahteraan dan merancakkan ekonomi negeri dan sosio-ekonomi negara,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda