Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

36 Keluarga Nelayan Terima Kunci Rumah Baharu

By 13 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek/Fb Ab Rauf Yusoh (Alor Gajah)

KUALA LINGGI, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 36 buah keluarga nelayan dari mukim Kuala Sungai Baru Ilir menerima serahan kunci rumah baharu dalam satu majlis yang diadakan, di sini semalam.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata kerajaan pusat telah menawarkan sebanyak 60 unit rumah jenis berkembar di bawah projek penempatan semula nelayan yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM8.9 juta.

Ketua Menteri Melaka ketika menyampaikan ucapan perasmian.

”Setiap keluarga cuma perlu membayar sebanyak RM45 ribu bagi sebuah rumah manakala kos selebihnya ditanggung dengan subsidi daripada kerajaan dan saya juga berharap agar syarikat pembekal perkhidmatan utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Melaka Berhad dapat membantu memudahkan urusan pendaftaran bekalan eletrik dan air,” katanya.

Ketua Menteri Melaka mengambil peluang melawat ke rumah para penerima sejurus selesai sahaja majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda