Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

45 Komuniti MADANI di Perlis Bekerjasama Sebar Dasar Kerajaan

By 3 Jun 2024Jun 6th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat/Komunit MADANI Pekan Kuala Perlis

KANGAR, 4 Jun (Malaysiaaktif) – 45 Komuniti MADANI yang terdapat di negeri Perlis saling berkerjasama  bagi menyebar luas misi dan dasar-dasar kerajaan masa kini.

Mazli ketika merasmikan program tersebut.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Mazli Hamdan, penyebaran maklumat dasar-dasar kerajaan seperti Budi MADANI menjadi lebih mudah dan berkesan dengan kewujudan 45 buah Komuniti MADANI yang ada di negeri Perlis.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Program Jiwa MADANI Pekan Kuala Perlis Parlimen Kangar di  Kampung Padang Jamil, Kuala Perlis, dekat sini kelmarin.

Turut diadakan demotrasi memadam kebakaran kepada penduduk kampung.

“Pada hari ini, kami di pihak Jabatan Penerangan Negeri Perlis bukan sahaja mengedarkan risalah-risalah mengenai dasar kerajaan tetapi turut sama memberi penerangan dasar-dasar tersebut dengan cara bersemuka bersama penduduk kampung supaya mereka lebih memahami dasar kerajaan tersebut dengan lebih mendalam,” ujarnya.

Pada program tersebut juga, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis turut menunjukkan cara demonstrasi memadam kebakaran kepada penduduk kampung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda