Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

553 Ketua Isi Rumah Orang Asli Terima Daging Korban Anjuran MAIK

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Firdaus Abd Aziz

GUA MUSANG, 22 Jun – Seramai 553 ketua isi rumah Orang Asli di daerah ini diraikan dalam program Korban Perdana anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Ucapan Ketua Jajahan Daerah Gua Musang.

Sebanyak 23 ekor lembu dikorbankan dan diagihkan kepada ketua isi rumah di 21 Pos perkampungan Orang Asli Gua Musang.

Menurut Sudin Mat Nor, 52, sebagai tok batin atau penghulu di Kampung Tuel, program sebegini perlu diteruskan setiap tahun kerana dapat memberi pelajaran dan erti ibadat korban yang sebenar kepada warga Orang Asli di Gua Musang.

“Saya mengambil kesempatan ini memohon pihak MAIK untuk terus menambah bilangan lembu korban pada tahun akan datang supaya agihan daging dapat diberikan kepada lebih ramai warga Orang Asli,” katanya kelmarin kepada Malaysia Aktif.

Pelepasan kenderaan MAIK untuk penghantaran daging korban ke 21 pos Orang Asli di daerah Gua Musang.

Program korban perdana ini berlangsung selama dua hari di Dataran Jakoa RPS Kuala Betis Gua Musang dan melibatkan tiga Pos iaitu Pos Gob, Pos Hau, dan Pos Tohoi.

Turut hadir Timbalan Menteri Jabatan Perdana Memteri (Hal Ehwal Islam) Dr. Zulkifli Hasan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Dakwah Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan Ustaz Asri Mat Daud, Pengarah Hal Ehwal Islam Kelantan Dato’ Lela Perkasa Dato Haji Che Rahim Haji Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Galas Haji Mohd Syahbuddin Hashim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda