
Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 16 Jun (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memasyhurkan Masjid Nur Jannatul Bahri sebagai Masjid Sultan Ibrahim di Kampung Ayer Hitam Pantai, di sini kelmarin.
Ketibaan baginda disambut oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd. Ali Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memasyhurkan Masjid Nur Jannatul Bahri sebagai Masjid Sultan Ibrahim di Kampung Ayer Hitam Pantai, di sini kelmarin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Masjid Shamsulbaharin Haron, 63, peristiwa ini amat bersejarah dan beliau juga melahirkan rasa terharu dengan perkenan Seri Paduka Baginda untuk memasyhurkan masjid berkenaan.
“Saya mewakili ahli kariah masjid ini menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda yang berkenan mencemar duli ke kampung kami selain berterima kasih kepada Ketua Menteri Melaka yang berusaha mengangkat martabat masjid ini ke peringkat yang tertinggi,” ujarnya.
Di dalam majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan memberi sumbangan cek bakul makanan dan menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
-ZS-