
Laporan/foto: Noor Sazarina (Hulu Langat)
PANDAN, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Aktiviti korban sempena Program Jiwa Komuniti Madani Bukit Permai telah diadakan di Dataran Pangsapuri Intan Bukit Permai, di sini, semalam.
Menurut Ketua Komuniti Madani Bukit Permai, Mohd Zulhaimi Samsuddin, 39, aktiviti korban diadakan setiap tahun di kawasan ini.

Zulhaimi Samsuddin (kanan sekali) bergambar bersama urusetia program
“Penyertaan korban pada tahun ini bertambah dan pihak urus setia menambah jumlah lembu dan kambing bagi tujuan tersebut.
“Pemilihan haiwan untuk aktiviti korban mengikut kemampuan penduduk setempat dan kami mengambil inisiatif mencari haiwan tersebut dengan harga yang berpatutan berdasarkan kemampuan peserta agar niat ibadah korban dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” ujarnya dalam program tersebut.
Sebanyak 8 ekor lembu dan 11 ekor kambing disediakan untuk ibadah korban pada kali ini.
Pelbagai aktiviti diadakan sempena Program Jiwa Komuniti Madani Bukit Permai, antaranya taklimat program, aktiviti melapah daging korban, rewang dan agihan daging korban kepada penduduk setempat.

Aktiviti melapah daging korban
Program ini dianjurkan oleh Komuniti Madani Bukit Permai dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Teratai, Surau At-Taqwa Pangsapuri Intan Bukit dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
-AA-