Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Alumni JaPen Perlis Dirai Sebagai Rakan Strategik Berterusan Jabatan

By 24 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Muafakat bersama Rakan Strategik Japen Perlis iaitu pesara dan juga Pegawai Kader dirai dalam Program JIWA MADANI Rantaian Kasih Japen Perlis, bertempat di Homestay Batu Hampar, malam tadi.

Antara pesara JaPen Perlis yang hadir di Program Jiwa Madani

“Sebanyak 40 hadirin termasuk urus setia hadir memeriahkan majlis pada malam ini sebagai tanda penghargaan di atas kerjasama membantu menjadi rakan strategik yang berterusan kepada JaPen Perlis,” kata Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Mazli Hamdan pada majlis tersebut, semalam.

“Semoga ukhwah ini berterusan walaupun ada yang telah tamat tempoh servis perkhidmatan dan juga pegawai yang berada di luar JaPen Perlis namun masih juga keluarga Kementerian Komunikasi di bawah JaPen.

Kita berharap semua yang hadir ini dapat menjadi penghubung dasar-dasar kerajaan antara JaPen dan masyarakat melalui rakan strategik di kawasan perumahan mereka atau pun tempat bertugas,” katanya.

Pegawai Kader di negeri Perlis turut hadir

Turut hadir Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Kewangan, JaPen Perlis Shameelawati Shaari.

-AA-

Tinggalkan komen anda