Skip to main content
Berita TengahMAPutrajayaWilayah Persekutuan

Anugerah Podcast Terbaik Bakal Jadi Rebutan di ASA 2024

By 14 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hisham Salleh/KK

PUTRAJAYA, 14 Jun (MalaysiaAktif) – Anugerah Podcast Terbaik bakal menjadi rebutan content creator tempatan selepas diperkenalkan sebagai kategori baharu pada edisi ke-36 Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024.

Sebanyak 60 kategori, iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat kategori media baharu dipertandingkan pada edisi kali ini, yang bertemakan “Kilauan Prestij, Citra Kegemilangan.” Seperti tahun-tahun sebelumnya, dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Seri Angkasa turut menjadi tumpuan pada ASA 2024.

Trofi Anugerah Seri Angkasa 2024

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Ni Ching, berkata, tema bagi ASA kali ini membawa makna yang mendalam dan simbolik terhadap usaha mengiktiraf dan memartabatkan industri penyiaran tanah air.

“Kilauan Prestij menggambarkan keunggulan, kemegahan, dan nilai eksklusif yang dimiliki oleh anugerah ini. Manakala, Citra Kegemilangan merujuk kepada pencapaian gemilang, dedikasi dan sumbangan berharga para penggiat seni di sebalik tabir yang telah memberikan impak besar kepada perkembangan dan kemajuan industri penyiaran negara,” jelas beliau semasa mengumumkan pencalonan ASA 2024 di Putrajaya, hari ini.

Pencalonan boleh dilakukan melalui www.anugerahseriangkasa.gov.my bermula 1 Julai hingga 15 Julai 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, memegang trofi ASA 2024

Walaubagaimanapun, syarat utama penyertaan ialah semua pencalonan perlu dikemukakan melalui organisasi penyiaran yang berlesen dan pertama kali disiarkan di stesen penyiaran dan platform media baharu dalam tempoh antara 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023.

Anugerah Seri Angkasa telah dianjurkan sejak tahun 1972 dan merupakan inisiatif penting kerajaan melalui Kementerian Komunikasi untuk mengiktiraf dan memartabatkan industri penyiaran tanah air serta penggiat di belakang tabir.

-HS-

Tinggalkan komen anda