
Laporan/foto: Rose Ryqal/Syidah Musa (Klang)

Hartini Yaacob semasa ditemu ramah.
KLANG, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Sesi Pemukiman Bersama Agensi di Daerah Klang dianjurkan bagi memberi pemakluman dan promosi kepada jabatan dan agensi kerajaan agar bersama-sama melaksanakan Banci Pertanian 2024 yang akan bermula Julai ini.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya Banci Pertanian (Teknikal) Hartini Yaacob, bancian berkenaan akan bermula 7 Julai depan bertujuan membolehkan kerajaan memperoleh data yang menyeluruh mengenai kemajuan sektor pertanian negara.

Dr. Kalai Vaani Muniandy.
“Kami berharap Banci Pertanian mendapat kerjasama dari semua pihak agar pelaksanaan diperingkat lapangan berjalan dengan lancar dan dapat diselesaikan dengan kadar tempoh yang ditetapkan sehingga 10 Oktober di seluruh negara,” katanya di Bengkel Daya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang, di sini semalam.
Sementara itu, menurut Pegawai Veterinar Dr. Kalai Vaani Muniandy, program ini sangat bagus kerana ia memberi peluang kepada mereka bertukar-tukar pangkalan data antara jabatan dan agensi.
Sesi dihadiri seramai 50 orang peserta dan enam kertas kerja telah dibentangkan oleh pihak pengurusan Jabatan Perangkaan.