Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bantuan Persekolahan Meringankan Beban Keluarga

By 1 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina/PKM DUN Pandan Indah (Hulu Langat)

PANDAN, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Program Back To School DUN Pandan Indah anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pandan Indah, kelmarin.

Izham Hashim menyampaikan sumbangan persekolahan kepada para penerima.

Sumbangan berbentuk wang tunai RM100 oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) kepada 300 penerima, manakala Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menyumbang beg dan peralatan sekolah kepada 125 orang penerima.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemajuan Infrastruktur, Pemodenan Pertanian dan Perladangan, Keterjaminan Makanan dan Industri Asas Tan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah Ir. Izham Hashim, program ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun.

Izham Hashim di sesi bergambar bersama para penerima.

“Bantuan persekolahan ini diharap dapat membantu ibu bapa meringankan beban mereka dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.

“Pelbagai insentif diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu rakyat Selangor antaranya Insentif Haji Muassasah 1445H/2024M berbentuk wang tunai sebanyak RM1,000 kepada bakal-bakal haji, permohonan perlu dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakat bermula 6 Mei hingga 24 Ogos 2024,” katanya dalam ucapan perasmian program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda