
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh
TANAH MERAH , 14 Jun (Malaysiaaktif) – Tanggungjawab dan peranan belia dalam pembangunan negara adalah penting kerana belia masa kini adalah pelapis generasi pemimpin negara akan datang.

Afzariza Draman menerima watikah perlantikan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara dari Ketua Jajahan Tanah Merah Haji Ahmad Adlee Yasin,
Untuk mewujudkan generasi pemimpin yang berkualiti, belia perlu mempunyai nilai murni yang baik serta menghindari gejala yang tidak berfaedah yang boleh membawa keburukan kepada diri dan keluarga.
Menurut Ketua Jajahan Tanah Merah Haji Ahmad Adlee Yasin, 59, belia adalah golongan yang mudah terpengaruh dan perlu di bimbing supaya matang dan berfikiran terbuka.
“Belia perlu menghindari pengaruh dan gejala yang tidak berfaedah seperti jenayah, penyalahgunaan dadah,” katanya ketika merasmikan Persidangan Majis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Tanah Merah di Bilik Gerakkan Pejabat Tanah Dan Jajahan Tanah Merah, kelmarin.
Sementara itu Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Tanah Merah Hafizul Nizam Abdullah, 39, berkata pelbagai aktiviti dan program telah dirangka kepada belia agar dapat melahirkan belia yang berjaya dan berkualiti tinggi.
“Belia seharusnya dibentuk dengan elemen kepimpinan yang terbaik dan mereka perlu juga menjauhkan diri dari gejala yang boleh memusnahkan masa depan,” katanya.

Kehadiran perwakilan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Jajahan Tanah Merah.
Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tanah Merah Afzariza Deraman, 41, menyambut baik saranan gabungan dan penglibatan semua pihak dapat membantu AADK untuk menyedarkan para belia betapa bahayanya gejala dadah.
Majlis ini dihadiri 50 orang terdiri ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan, badan-badan berkanun, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan para sukarelawan.
-ZS-