Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bola Tampar Wanita Mewarnai Liga Sukan Komuniti

By 10 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina

PANDAN, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Kejohanan Bola Tampar Wanita sempena Liga Sukan Komuniti Daerah Hulu Langat telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, di sini semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai Yew Jia Haur, program membudayakan sukan ini amat digalakkan bagi melahirkan rakyat yang aktif bersukan disamping menjaga kesihatan.

Yew Jia Haur di sesi bergambar bersama peserta Kejohanan Bola Tampar Wanita.

“Program sukan yang melibatkan rakyat amat dialu-alukan dan sambutan yang diterima pada hari ini amat memberangsangkan .

“Semangat kesukanan yang tinggi akan menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dan cara hidup sihat juga diterapkan sekiranya kita aktif bersukan,” ujarnya dalam ucapan perasmian.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat Suhailah Mohd Sa’at.

Sebanyak 15 buah pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Liga Sukan Komuniti Daerah Hulu Langat bermula 9 Jun hingga 6 Julai melibatkan tiga aktiviti sukan iaitu pingpong berkumpulan, sepak takraw lelaki dan bola tampar wanita.

-ZS-

Tinggalkan komen anda