Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Budaya Hidup Tidak Sihat Punca Kematian Pesakit Diabetis

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

PASIR MAS, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus merupakan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang tergolong dalam penyakit kronik serta boleh membawa maut.

Sekiranya pesakit kencing manis tidak menerima rawatan berkala serta gagal mengamalkan budaya hidup sihat, mereka berdepan risiko mendapat komplikasi seperti dipotong kaki.

Antara peserta yang turut serta dalam Kem Diabetes Pesakit Kronik, Klinik Kesihatan Kangkong.

Pakar Kesihatan Pusat Kesihatan Daerah Pasir Mas, Dr. Rodziah Ali, berkata pesakit kencing manis perlu mendapat rawatan susulan melalui  pengambilan ubat yang teratur serta pemeriksaan kesihatan berkala.

“Masyarakat hari ini mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah dalam budaya hidup sihat seperti tidak aktif dan gemar makan makanan yang manis,” katanya di Kem Diabetes Pesakit Kronik, Klinik Kesihatan Kangkong, di sini kelmarin.

Program yang dihadiri 30 pesakit diabetes ini diadakan dari masa ke masa mengikut kawasan bagi memupuk kesedaran budaya hidup sihat dan bahaya penyakit kencing manis.

Rosalina Mat jururawat bertugas sedang membuat pemeriksaan kesihatan kepada salah seorang pesakit diabetes.

Tambahnya, menerusi program hari ini maklumat yang disampaikan membantu memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta serta keluarga dalam mencegah penyakit kencing manis.

Penceramah jemputan Dr. Farah Umaina, 35, berkata sekiranya masyarakat gagal mengamalkan budaya hidup sihat mereka berisiko mengidap penyakit diabetes yang biasanya menyumbang kepada penyakit hipertensi dan penyakit buah pinggang.

“Saya sudah lama mengidap penyakit kencing manis dan mula merujuk kepada pakar bagi mengelakkan risiko diabetes tidak terkawal,” kata salah seorang pesakit, Che Bidah Said, 65.

Seoran peserta Roslina Mat, 54, berkata tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai cara mengawal dan menggunakan ubat yang betul untuk pesakit kencing manis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda