Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Eratkan Perpaduan Komuniti Melalui Gotong-Royong

By 4 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Yayasan At-Tibyan (Pekan)

PEKAN, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Aktiviti gotong-royong yang diusahakan oleh penduduk setempat bukan sahaja memberikan persekitaran yang sihat malahan mampu mengeratkan perpaduan sesama mereka.

Gotong-royong kerjasama mahasiswa IPT dan penduduk

Ahli Dewan Negeri Peramu Jaya Pekan, Datuk Mohd Nizar Mohd Najib berkata aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan perpaduan dan menerapkan nilai-nilai murni.

“Seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh Yayasan At-Tibyan ini, ia juga menggerakkan dakwah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat,” katanya sewaktu berucap di majlis penutup Program Gotong-Royong Perdana, di sini, semalam.

Program gotong-royong perdana tersebut telah berlangsung mulai 1 Jun melibatkan kesemua komuniti di Kampung Tanjung Agas dan telah digerakkan secara berperingkat dan disertai pelbagai agensi seperti Majlis Perbandaran Pekan, SWCorp , Alam Flora, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Pekan dan mahasiswa universiti.

Mercu tanda yang dibina oleh pihak penganjur program

Mohd Nizar turut berharap agar program seperti ini bukanlah bermusim.

“Kebersihan itu adalah satu tuntutan wajib dalam Islam dan jika kita terus menerus mengamalkannya pasti kita bukan sahaja mendapat kawasan yang bersih malah keberkatan dari Tuhan,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda