Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Festival Keusahawanan Maju Johor Himpun 65 Usahawan Johor, Melaka

By 16 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/PUJB (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Festival Keusahawanan Maju Johor (FKMJ) yang diadakan selama tiga hari dari 21 hingga 23 Jun lalu telah menghimpunkan lebih 65 usahawan dari negeri Johor dan Melaka di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall.

Ewon Benedick menyerahkan replika cek cura pembiayaan usahawan kepada penerima yang layak menerusi Permodalan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, berkata penganjuran festival ini mendapat kerjasama daripada Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB) dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam usaha kerajaan negeri memastikan bantuan dan inisiatif keusahawanan tempatan dapat diperluaskan secara menyeluruh, cepat dan tepat.

“Usahawan telah didedahkan dengan program-program latihan serta diberikan akses untuk peluang pembiayaan yang ditawarkan KUSKOP dan agensi di bawahnya bagi memberikan pendedahan secara jelas kepada usahawan.

Siaran secara langsung bersama radio Johorfm.

“Festival seperti ini mampu membawa produk dan perkhidmatan dalam industri halal ke peringkat yang lebih tinggi dan mewujudkan peluang kepada usahawan dan belia dalam mempelajari ilmu keusahawanan dan halal,” katanya ketika ucapan perasmian penutup festival, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Sri Suriani Ahmad dan Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Berhad Mohd Radzi Mohd Amin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda