Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Hari Denggi ASEAN Kota Tinggi Tingkat Kesedaran Masyarakat

By 24 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Hari Denggi ASEAN 2024 Komuniti Daerah Kota Tinggi telah berjaya meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyakit denggi serta mempromosikan kehidupan yang lebih sihat dan selamat.

Seorang peserta Zabedah Mohd Yatim, 63, berkata program tersebut telah berjaya mencapai matlamat untuk membersihkan kawasan taman perumahan daripada menjadi sarang nyamuk Aedes yang berpotensi membahayakan kesihatan masyarakat setempat.

Zabedah bersama kumpulan ‘Cari dan Musnah’ sedang memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.

“Memusnahkan jentik-jentik adalah langkah penting dalam mencegah masalah nyamuk Aedes pada masa akan datang.

“Saya harap program sebegini dapat diadakan secara berkala untuk memastikan kawasan kita terus terjaga dari penyakit ini,” katanya.

Acara utama program ini adalah Pertandingan Kutipan Bekas Pembiakan Ciptaan Manusia, di mana peserta dibahagikan kepada lima kumpulan ‘Cari dan Musnah’ untuk membersihkan tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes di beberapa lokasi strategik bagi membasmi sarang nyamuk.

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi Ahmad Nazir Mohd Nasir, di Dataran Kejat Taman Sri Saujana, di sini semalam.

Antara acara menarik termasuk pemberian kit ‘Aedes Search & Destroy’, sesi perlantikan peserta Communication for Behavioural Impact (COMBI) dan penyebaran stiker untuk rumah bebas Aedes dan denggi.

Antara peserta yang mengutip jentik-jentik dalam pasu yang menjadi sarang jentik-jentik.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Mohammad Nazrul Abd Rahim dan Pegawai Kesihatan Daerah Kota Tinggi Dr. Roslinda Abd Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda