Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Ilmu Pertahanan Awam Perkasa Penjawat Awam

By 12 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Muallim)/APM Muallim

SLIM RIVER, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 41 kakitangan dari pelbagai jabatan dan agensi di daerah ini menyertai Kursus Pasukan Sukarelawan Pertahanan Awam Bagi Penjawat Awam Peringkat Daerah Muallim Siri 1/2024 di Pejabat Daerah dan Tanah, di sini semalam.

Demonstrasi menyelamat mangsa yang mengalami patah kaki.

Kursus dua hari bermula Isnin itu merupakan program pertama seumpamanya diadakan di negeri Perak dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada peserta berkaitan perawatan awal seperti balutan dan kepatahan, bantuan pernafasan, asas menyelamat kecemasan serta melawan kebakaran.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Muallim Kapt. (PA) Shahrizal Hussin, program ini dapat membantu penjawat awam memberi pertolongan awal jika berlaku kemalangan sebelum bantuan daripada pihak hospital tiba.

“Bantuan awal ini mampu mengurangkan risiko kemudaratan seperti kehilangan banyak darah apabila berlaku kemalangan jalan raya,” ujarnya.

Para peserta turut diajar kawad kaki asas bagi unit berunifom.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perak Kol. (PA) Rohaizat Hadli.

Hadir sama Pegawai Daerah Muallim Mohd Fitri Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda