Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Institut Pertanian Malaysia Perkasa Industri Tani

By 30 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlan Bakar (Sabah)

NABAWAN, 30 Jun (Malaysiaktif) – Program Sijil Pertanian Malaysia (IPSM) yang menawarkan  70 peratus latihan praktikal dan 30 peratus teori mampu menyumbang kepada pemerkasaan industri pertanian moden di Sabah.

Teknik pertanian moden yang bersesuaian dengan kehendak pasaran selain mampu menjana pendapatan yang tinggi dilihat antara faktor utama menarik perhatian golongan belia untuk terlibat secara aktif dalam industri ini.

Pegawai Pertanian Daerah Nabawan Samson Nasib, berkata ramai golongan muda masih tidak mengetahui mengenai kewujudan IPM yang sebenarnya telah banyak melahirkan komuniti petani moden khasnya di Sabah.

“Program ini sedikit sebanyak membantu Jabatan Pertanian untuk memberi pendedahan kepada golongan belia yang dilihat kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian.

“Ceramah dan sesi soal jawab yang diadakan bersama peserta program ini dapat merungkaikan segala permasalahan dan memberi ilmu baru kepada peserta berhubung industri pertanian dengan fungsi jabatan berkaitan,” katanya ketika menyampaikan ceramah semasa Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI, di sini pada Jumaat.

Sementara itu, Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasinal (NADI) Kampung Murni Nabawan, Rinah Mantiri berpendapat Program JIWA Madani berupaya untuk mempromosikan perkhidmatan fasiliti berkenaan dengan lebih meluas.

“Kalau dulu masyarakat kampung hanya mengenali NADI sebagai Pusat Internet tetapi sekarang fungsi dan perkhidmatan NADI telah diperluaskan dan ditambah baik bukan sahaja memudahkan urusan melibatkan pencarian maklumat dan pendaftaran inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

“NADI juga adalah mentor kepada masyarakat kawasan luar bandar dalam memberi latihan dan tunjuk ajar berkaitan perniagaan secara dalam talian sekali gus minat golongan belia terutama kaedah pemasaran produk menerusi aplikasi jualan dalam talian yang sedia ada,” jelasnya.

Untuk makluman, Program JIWA MADANI tersebut adalah anjuran Jabatan Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Pertanian bersama NADI yang telah dihadiri seramai 48 golongan belia sekitar daerah ini.

Tinggalkan komen anda