Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

JIWA Komuniti Madani Parlimen Kota Melaka Dekatkan Rakyat dan Agensi Kerajaan

By 7 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surega Vasuthevan/Nur Fariza Farnoh (Melaka Tengah)

MELAKA, 24 Jun (Malaysiaktif) – Komuniti Madani Parlimen Kota Melaka bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah telah menganjurkan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani Peringkat Parlimen Kota Melaka bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Telok Mas, semalam.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Melaka, Ab Rasil Hajati menyampaikan plak penghargaan Komuniti MADANI kepada Khoo Poay Tiong

Program ini bertujuan mendekatkan rakyat bersama pemimpin serta menyediakan perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta terus kepada masyarakat setempat.

Menurut Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, program berbentuk mini karnival yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran dan perkhidmatan Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan, Jualan Agro Madani, Klinik Sukan Bola Sepak, Sukan Rakyat melibatkan peserta dari 5 Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kota Melaka dan lain-lain aktiviti yang melibatkan setiap lapisan masyarakat.

“Program seumpama ini dapat mewujudkan kebersamaan serta membina keharmonian antara pemimpin dan rakyat seterusnya menerapkan nilai-nilai murni berlandaskan tonggak Malaysia MADANI serta saya juga berharap keharmonian dan sikap bekerjasama yang ditonjolkan melalui program seperti ini akan menjadi amalan hidup seharian dan berkekalan sehingga generasi akan datang,” ujarnya.

Jabatan kerajaan dan agensi swasta turut hadir menawarkan perkhidmatan dalam program tersebut

Turut hadir bersama Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin, Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong serta Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap ADUN Bandar Hilir serta Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Ab Rasil Hajatil.

-AA-

Tinggalkan komen anda