Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

JIWA Madani Perkuat Jalinan Kerajaan dengan Rakyat

By 25 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anita Omar/Muhammad Irsyad (Manjung)

BERUAS, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Madani sentiasa memastikan maklumat dan insentif yang diperkenalkan untuk membantu rakyat sama ada dari segi ekonomi mahupun sosial sampai kepada golongan sasaran.

Acara sukan rakyat turut diadakan.

Namun tidak dinafikan ada kelompok tertentu yang tidak mempunyai akses untuk mendapat maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi berkaitan.

Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Peringkat Parlimen Beruas di Dewan Inderawati, di sini kelmarin berjaya membantu masyarakat luar bandar khususnya untuk mendapatkan akses kepada maklumat dan perkhidmatan kerajaan.

Wakil Ahli Parlimen Beruas, Grace Wong Lay Keong, 56, berkata inisiatif membawa agensi-agensi turun padang bertemu masyarakat merupakan satu usaha yang baik.

Jualan Rahmah Madani terima sambutan menggalakkan.

“Sebanyak 18 agensi kerajaan dan sembilan Komuniti MADANI terlibat dalam menjayakan program ini.

“Penglibatan agensi di program sebegini perlu diteruskan dari semasa ke semasa terutama di kawasan luar bandar berdasarkan sambutan hangat dari masyarakat sekitar,” katanya ketika berucap merasmikan program.

Rata-rata pengunjung turut berpandangan agar Jualan Rahmah Madani yang dibawakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diteruskan terutama di kawasan luar bandar yang tiada pasar raya besar seperti di Beruas.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda