
Laporan/foto: Anuar Che Amat
KANGAR, 10 Jun(Malaysiaaktif) – Program Jiwa MADANI boleh menjadi pusat ilmu semasa kepada ahli-ahli komuniti kerana ia turut disertai oleh pelbagai agensi kerajaan di dalam memasarkan maklumat dan perkhidmatan.

Edaran risalah maklumat inisiatif kerajaan turut di edarkan oleh pegawai penerangan
Demikian dinyatakan Pengarah Penerangan Negeri Perlis, Mazli Hamdan ketika merasmikan Program Jiwa Madani Indera di Kangar, semalam.
“Pada hari ini, kami di Jabatan Penerangan Negeri Perlis bukan sahaja mengadakan acara sukaneka kepada ahli serta keluarga komuniti tetapi kami bawakan juga agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Pertahanan Awam (APM) untuk memberi penerangan dan maklumat mengenai bahaya dadah dan aspek pelindungan diri dari ancaman ular berbisa,” ujarnya.
“Saya berharap semua ahli-ahli komuniti dapat mengambil ilmu yang diterangkan oleh penceramah dari AADK tentang bahaya dadah supaya kita lebih peka dalam melindungi keluarga kita dari bahaya najis tersebut.
Juga langkah-langkah yang disampaikan oleh anggota APM Perlis sekiranya rumah kita dimasuki ular berbisa,” tambahnya.

Demonstrasi menangani ular berbisa oleh APM Perlis
Program JIWA MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) bertujuan untuk menguar-uarkan maklumat, dasar dan inisiatif kerajaan berteraskan konsep Malaysia Madani.
-AA-