Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kaedah Fragmentasi Kekal Spesis Terumbu Karang di Persisiran Pantai Port Dickson

By 1 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Nurezzaty Ahmad Razimi (Port Dickson)

PORT DICKSON, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Persisir pantai Port Dickson sememangnya terkenal dengan aktiviti pelancongan tidak kurang juga dengan aktiviti pelindungan sumber laut seperti terumbu karang atau lebih dikenali sebagai hutan hujan di lautan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan Doreen Wee Siew Leen, berkata lebih 25 spesis terumbu karang yang terdapat di persisiran pantai Port Dickson ini melalui aktiviti pembiakan karang dengan kaedah fragmentasi.

Doreen ketika ditemui.

“Kaedah fragmentasi iaitu mempropagasi secara seksual dengan memotong mana-mana bahagian induk karang yang sihat dan ditanam semula bahagian tersebut pada simen yang bersesuaian.

“Batu karang yang dipropagasi ini akan dijaga dengan amalan kultur yang baik serta diberikan makanan tambahan secukupnya sepanjang tempoh tumbesaran yang mengambil masa hampir tujuh ke lapan tahun,” katanya ketika ditemui di Pusat Ikan Hiasan (PIH) Port Dickson, kelmarin.

Lawatan ke lokasi propagasi karang.

Ujarnya lagi, pelbagai aspek dititikberatkan dalam proses ini demi memastikan karang ini tumbuh dengan baik dan di PIH sendiri lebih tertumpu kepada konservasi karang.

PIH Port Dickson merupakan antara produk pelancongan Port Dickson yang dibuka setiap hari kepada orang ramai tanpa sebarang bayaran masuk dikenakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda