Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Karnival Gagasan Rumpun Selangor Mampu Tingkat Kefahaman Pembayar Cukai

By 20 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hizami Hanip/Syahirah Hashim (Petaling)

PETALING JAYA, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuka ruang kepada penduduk di bawah pentadbirannya membayar cukai taksiran secara pantas di kaunter terbuka sempena Karnival Gagasan Rumpun Selangor Daerah Petaling Jaya hari ini.

Orang ramai berpeluang mengemukakan sebarang aduan secara terus kepada MBPJ melalui aplikasi Respon Rakyat

Menariknya pembayar cukai juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa skuter elektrik, komputer riba, barangan elektrik dan pelbagai hadiah lagi.

Menurut seorang pembayar cukai Alice Tan, 32, selain membayar cukai beliau juga berpeluang lebih memahami tentang keperluan penilaian semula cukai taksiran.

“Ia membolehkan MBPJ memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan lain-lain,” katanya.

Dalam karnival tersebut, pelbagai agensi turut mengadakan pameran dan perkhidmatan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Petaling, Bomba dan Penyelamat Petaling serta Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Petaling.

Selain dari menyediakan maklumat berkaitan jabatan kerajaan dan Skim Iltizam Anak Selangor, pelbagai aktiviti menarik juga turut diadakan antaranya permainan tradisional oleh Pejabat Kebudayaan Negeri Selangor dan Pusingan Roda Perpaduan oleh Jabatan Perpaduan Daerah Petaling.

Menurut kakitangan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Petaling, Khairul Muzamir Abdul Karim, 38, program ini dapat membuka peluang kepada jabatan kerajaan untuk menerangkan fungsi jabatan masing-masing kepada pengunjung yang hadir ke karnival tersebut.

Khairul Muzamir Abdul Karim dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Petaling ketika ditemui di Karnival Rumpun Selangor

“Karnival seperti ini seharusnya diteruskan pada masa akan datang dan dilaksanakan pada cuti umum untuk menarik lebih ramai pengunjung,” ujarnya.

MBPJ turut memperkenalkan aplikasi Respon Rakyat untuk memudahkan aduan disalurkan melalui talian mudah alih dan kempen penanaman semula pokok dengan pemberian anak pokok percuma kepada pengunjung.

-AA-

Tinggalkan komen anda