Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Karnival Kita MADANI Santuni Warga Ibu Kota

By 4 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan WPKLP terus memainkan peranan untuk mendekati warga ibu kota dan memasarkan dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif kerajaan terus ke peringkat akar umbi menerusi Karnival Kita MADANI.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika berucap merasmikan Karnival Kita MADANI Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya di PPR Kerinchi, Lembah Pantai

Karnival anjuran kerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berlangsung di Pekarangan Tempat Letak Kereta, PPR Kerinchi selama dua hari mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Pelbagai pengisian program disajikan kepada para pengunjung seperti Jualan RAHMAH, Jualan AgroMADANI, Forum Bicara Dari Hati, Larian Kita MADANI, Ceramah Waspada Jenayah Siber, Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Pakaian Tradisional, Konsert Infiesta, Cabutan Bertuah dan banyak lagi.

Turut dihimpunkan reruai pameran jabatan/agensi yang menyediakan tawaran dan perkhidmatan yang bermanfaat khususnya kepada golongan B40.

Program telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

“Harapan saya program ini dapat dibawa ke negeri-negeri lain untuk merapatkan hubungan silaturahim antara komuniti selain menyampaikan maklumat yang terkini mengenai dasar, usaha serta program-program kerajaan dan juga mengambil maklum balas daripada khalayak umum tentang isu-isu yang ingin mereka sampaikan kepada kerajaan.

“Kita harap ini dapat menjadi saluran dua hala antara kerajaan dan rakyat pada masa yang sama dapat memberikan manfaat kepada rakyat,” kata Fahmi ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Kita MADANI di PPR Kerinchi Lembah Pantai pada Sabtu lalu.

Fahmi menyampaikan sumbangan perubatan kepada golongan yang memerlukan

Fahmi turut menyampaikan sumbangan bantuan pendidikan, bantuan perubatan dan bantuan sara hidup kepada golongan yang memerlukan.

Hadir bersama Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Julina Johan dan Pengarah Penerangan WPKLP, Muhammad Najmi Mustapha.

-AA-

Tinggalkan komen anda