Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival Komuniti Sejahtera@Muallim Gamit Penyertaan Luar Negara

By 4 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Azhar Mat Isa (Muallim)

TANJONG MALIM, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Karnival Komuniti Sejahtera@Muallim sempena Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) di Ujana Muallim, Proton City di sini kelmarin berjaya menarik penyertaan bukan saja dari dalam bahkan luar negara iaitu Singapura.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) Mohd Ikram Ahmad, PKKB adalah salah satu daripada inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam memperluas penganjuran program-program komuniti di bandar.

“Pelbagai program telah dirancang dan ada yang telah dilaksanakan oleh pihak MDTM selaku pihak berkuasa tempatan dalam menggalakkan kehadiran pengunjung dari luar negeri Perak, seterusnya memeriahkan lagi sambutan Tahun Melawat Perak 2024.

“Penganjuran karnival ini misalnya berjaya menarik minat 120 ‘camper’ dari kelab Loco Internatinal Empire termasuk 20 dari Singapura yang bermalam sejak malam tadi dan menyertai aktiviti berbasikal secara santai, Fun Ride sejauh 30 kilometer menjelajah Bandar Tanjong Malim,” katanya.

Gotong-royong komuniti.

Karnival yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk gotong-royong komuniti, sukaneka, dan pameran agensi kerajaan ini menarik lebih 500 pengunjung bahkan Fun Ride sendiri berjaya menarik lebih 300 penyertaan.

Hadir merasmikan majlis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang Salina Samsudin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda