Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Karnival Pendidikan dan Kerjaya Galak Belia Sambung Belajar

By 25 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/PDT Selama

SELAMA, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Karnival Pendidikan dan Kerjaya Belia 2024 daerah Selama anjuran Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Masjid Ar-Rashdiah mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan belia di sini kelmarin.

Wakil Institut Pengajian Tinggi memberi penerangan kepada belia mengenai program yang ditawarkan.

Karnival ini menyediakan Pusat Sehenti bermaklumat kepada kumpulan sasaran seperti pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pengajian pendidikan tinggi, akreditasi serta pembiayaan pendidikan khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama Mustoffa Aliman, sebanyak 10 agensi dan jabatan berkaitan terlibat dalam menawarkan produk serta khidmat nasihat kepada pengunjung.

“Pihak PDT Selama memberi keutamaan kepada golongan asnaf untuk mendapatkan pendedahan dan maklumat dalam melanjutkan pelajaran mengikut bidang yang sesuai untuk mereka,” jelasnya.

Haji Wan Mohd Isa (tiga dari kanan) ketika sesi jelajah mesra.

Pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung turut diadakan antaranya pertandingan mewarna, permainan e-sukan dan sepakan penalti.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama Datuk Seri Haji Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Daerah Selama Nor Akmal Yang Ghazali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda