Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Karnival Tanah Lipis Berjaya Kutip RM100 Juta

By 4 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Muhammad Jamil (Lipis)

LIPIS, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Karnival Tanah Lipis berjaya mengutip hasil sebanyak RM100.7 juta selama karnival itu berlangsung.

Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam ucapan perasmiannya menyeru semua pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Jualan produk IKS turut menjadi tumpuan pengunjung

“Kepada yang mempunyai tanah, perlulah bersyukur dan menghargai hak milik tanah kerana ia merupakan sumber terhad.

“Namun dalam masa yang sama perlu menjelaskan cukai tanah kerana ia adalah tanggungjawab dan selain itu kutipan hasil tanah ini akan kita kembalikan kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif yang disediakan,” katanya.

Bertemakan “Syukuri Nikmat, Laksanakan Tanggungjawab, Jelaskan Cukai Tanah Anda”, karnival yang berlangsung selama dua hari itu dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik antaranya Kaunter Kutipan Hasil, Slot Bicara Tanah, diskaun kompaun oleh Majlis Daerah Lipis, pameran oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan banyak lagi.

-AA-

Tinggalkan komen anda