Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kebocoran Gas Ammonia di Sebuah Kilang

By 6 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM

GOMBAK, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Sebuah kilang di Jalan Sungai Tua di sini mengalami kebocoran gas ammonia dalam kejadian semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berkaitan kes tersebut pukul 10.25 pagi.

“Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati kebocoran gas ammonia berlaku di bahagian stor kilang tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya telah membuat pengungsian bangunan dan melakukan tempat untuk nyahcemar (decon) di lokasi itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kebocoran pada salah satu daripada empat silinder yang menyimpan gas ammonia di bahagian stor berkenaan.

“Pasukan HAZMAT daripada BBP Shah Alam telah membuat kerja-kerja intervensi untuk menutup valve silinder ammonia yang bocor,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda