Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kejohanan Badminton Piala ADUN Sungai Tua Cungkil Bakat Baharu

By 2 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 2 Jun (Malaysiaaktif) – KejohananĀ Badminton Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari yang berlangsung hari ini menjadi medan mencungkil bakat baharu sukan berkenaan.

(Dari kiri) Aidil Sholeh dan Muadzam beraksi ketika gimik perasmian kejohanan badminton Piala ADUN Sungai Tua

Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor, Muadzam Mohamed Shariff yang mewakili Amirudin, berkata edisi ketiga yang diadakan di Gelanggang Badminton Sinamax, Taman Sri Gombak itu mempertandingkan tiga kategori dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM16,000.

“Seramai 340 peserta membabitkan 96 pasukan beregu lelaki, 46 pasukan beregu campuran dan 64 pemain perseorangan lelaki.

“Sasaran kita untuk harmonikan perpaduan melalui sukan, selain dapat melihat bakat muda dari kejohanan sosial menjadi pemain negara,” katanya ketika ditemui selepas melakukan gimik perasmian.

Antara aksi acara beregu lelaki kejohanan badminton Piala ADUN Sungai Tua

Turut hadir bekas pemain kebangsaan, Aidil Sholeh Ali Sadikin serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak, Naresh Kumar Thangayah.

Menurut Muadzam, pihaknya serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah bersetuju untuk mewujudkan persatuan badminton peringkat daerah Gombak di samping mengenal pasti pemain berbakat.

-AA-

Tinggalkan komen anda