Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kejohanan Tarik Tali Kuatkan Jalinan Sosial Komuniti

By 15 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Nashran (Kampar)

KAMPAR, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Kampar terus melaksanakan inisiatif untuk memperkuat jaringan komunikasi dalam komuniti setempat melalui Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani Kampung Dewan, di Kampung Malim Nawar, di sini semalam.

Bavani Veraiah bersama juara tarik tali.

Kejohanan tarik tali sempena program ini misalnya berjaya mengukuhkan jalinan sosial dalam kalangan penduduk tempatan di samping mempromosikan semangat kebersamaan dan kerjasama antara jiran tetangga.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar Bavani Veraiah, berkata program sebegini penting untuk membangunkan kesatuan dan keharmonian dalam kalangan komuniti serta berkomitmen untuk terus menyokong inisiatif yang memperkukuh komuniti tempatan.

“Selain tarik tali, pengisian program termasuklah taklimat kerjaya dan hebahan maklumat dasar-dasar kerajaan oleh Jabatan Penerangan bagi memperkaya pengetahuan dan pemahaman kepada penduduk.

Penyampaian hadiah dan medal kepada pemenang pertandingan tarik tali.

“Syabas dan tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah dan semua ahli jawatankuasa Komuniti Madani Kampung Dewan yang telah bekerja keras untuk menjayakan program ini,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Tambahnya, semoga dengan kehadiran peserta yang ramai ini dapat diteruskan bagi program akan datang seterusnya memberi manfaat yang berkekalan kepada komuniti tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda