
Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Umi Natrah Jamaludin (Pendang)
PENDANG, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Selain membantu menjana ekonomi masyarakat di luar bandar melalui pendigital teknologi, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) juga merupakan platform penyampaian dan perkongsian maklumat kepada masyarakat setempat.

Wakil dari komunti yang menyertai lawatan ke NADI Bukit Jenun
Berada di bawah kementerian yang sama dan bagi mewujudkan pembentukan kerjasama ini, Komuniti MADANI Kampung Sungai Durian dan Komuniti MADANI Pekan Pendang di bawah seliaan Pejabat Penerangan Daerah Pendang telah mengadakan lawatan ke NADI Bukit Jenun di sini, hari ini.
Menurut Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Sungai Durian, Mohd Khir Hamid, ketika ditemui berkata, lawatan ini diadakan bertujuan untuk membentuk kerjasama strategik antara pihak NADI dan komuniti dalam memperkasakan sistem penyampaian maklumat sama ada secara fizikal mahupun melalui penggunaan teknologi digital.
“Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada warga komuniti, masyarakat setempat dan secara tidak langsung dapat membantu mencapai hasrat kerajaan dalam menyebarluaskan maklumat kepada orang ramai,” ujarnya.

Kelas Keusahawanan Aplikasi Shoppee
Dalam sesi lawatan pada pagi ini, warga komuniti diberi pendedahan mengenai perkhidmatan yang terdapat di NADI dan Kelas Keusahawanan Aplikasi Shoppee.
-AA-