Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kesungguhan dan Dedikasi Bantu Wanita Bidayuh Berjaya dalam Penanaman Bunga Kantan

By 1 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Petrus Ngalih Tingi (Sarawak)

KUCHING, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Bidang pertanian sering kali dikaitkan dengan bidang yang bertunjangkan keringat empat kerat selain sentiasa bekerja di bawah pancaran terik matahari.

Produk Bunga Kantan yang telah dituai dan bersedia untuk dijual kepada pemborong.

Namun persepsi ini tidak mematahkan semangat Karen Bernard Basu, 48, seorang usahawan pertanian wanita kaum Bidayuh dari Kampung Abang, Padawan, di sini yang telah membuktikan kesungguhan dan dedikasi dalam penanaman bunga kantan mampu memberikan hasil yang lumayan.

“Saya memulakan penanaman bunga kantan 10 tahun lalu sebagai kerja sampingan namun kini ia adalah sumber pendapatan utama keluarga saya.

“Setiap minggu, ladang saya mampu menghasilkan sekitar 600 kilogram bunga kantan dengan pendapatan bulanan mencecah antara RM4,000 hingga RM10,000,” katanya semalam.

Gambar pelajar UNIMAS yang datang melawat ke ladang kebun bunga kantan Karen di Jalan Puncak Borneo.

Tambahnya, pada awalnya beliau hanya menanam 20 pokok kantan namun kini telah berkembang menjadi ladang seluas enam ekar yang terletak di Jalan Puncak Borneo di sini.

Katanya lagi, beliau terus meningkatkan pengetahuannya dalam bidang pertanian melalui pendidikan dan latihan berterusan serta berharap dapat menginspirasi lebih ramai wanita dari komuniti pribumi untuk menceburi bidang pertanian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda