Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

KKBDA Jalin Kolaborasi Pendidikan TVET dan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2024

By 27 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/KKBDA (Alor Setar)

JITRA, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA) telah memeterai Nota Kerjasama Strategik bersama Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Program kolaborasi berimpak tinggi ini selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 yang menggariskan hala tuju yang jelas dalam memperkukuh pembangunan bakat dan modal insan negara.

Pengarah KKBDA bersama wakil-wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, PTPTN, Mada, Kolej Vokasional dan Pondok Moden Darussalam bergambar kenangan.

Menurut Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Kedah dan Perlis Haji Rosli Idris, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berhasrat agar pendaftaran atau enrolmen pelajar politeknik dan kolej komuniti mencapai 120,000 orang di seluruh negara menjelang tahun hadapan.

β€œDengan adanya kolaborasi ini diharap dapat membantu mencapai peningkatan jumlah bilangan kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman Cawangan Jerlun melalui penglibatan langsung oleh pihak institusi pendidikan menengah,” ujarnya.

Kolaborasi tersebut melibatkan 25 buah sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu, empat rakan strategik iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Bahagian Elektrikal dan Mekanikal Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kolej Vokasional Alor Setar dan Pondok Moden Darussalam, Changlun.

Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu Mukhtar Mansor dalam ucapannya, berkata kolaborasi melibatkan sekolah menengah ini adalah julung kali diadakan di negeri Kedah.

β€œSaya amat berharap kolaborasi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah khususnya untuk membantu pelajar mendapatkan kemahiran terkini secara berterusan termasuk menyambung pengajian di kolej komuniti juga menambah pengetahuan melalui Program Pembelajaran Sepanjang Hayat,” katanya.

Pengarah KKBDA, berkata pihaknya akan terus merealisasikan Misi JPPKK iaitu memanfaat sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan untuk faedah bersama.

β€œSemoga pelaksanaan nota kolaborasi ini dapat memberi impak yang positif kepada institusi, sekolah serta agensi terlibat demi memastikan kepentingan pendidikan kepada para pelajar dan komuniti sentiasa efektif dan berterusan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda