
Laporan/foto: Siti Nor Asikin Haria (Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU, 17 JUN (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat menjadi tarikan orang ramai pada Program JIWA Komuniti Madani Parlimen Kulim Bandar Baharu pada 15 Jun lalu di Kompleks Sukan Komuniti Bandar Baharu anjuran Pejabat Penerangan Daerah bersama Komuniti MADANI Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Sesi bacaan Ikrar Rukun Negara Program JIWA Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Menariknya acara sukan rakyat ini dikendalikan sepenuhnya oleh Komuniti MADANI Parlimen Kulim Bandar Baharu iaitu Komuniti MADANI Serdang, Bagan Samak dan Selama bagi DUN Bandar Baharu dan Komuniti MADANI Kulim, Karangan dan Junjung bagi Dun Kulim.
Antara acara sukan yang mendapat sambutan ialah sepak bola penalti kategori pasukan dan pertandingan anyam ketupat bagi kategori individu.
“Saya biasa menganyam ketupat dan turut mengambil tempahan ketupat pulut daripada orang ramai.

Norlela Jaafar bersama ketupat palas yang dihasilkan semasa pertandingan anyam ketupat Program JIWA Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Kulim Bandar Baharu.
“Acara anyam ketupat ini menjadi tarikan kepada saya untuk menyertainya selain dapat mengeratkan hubungan bersama rakan-rakan dan saya tidak menyangka mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini,” ujar Norlela Jaafar, 50, dari Komuniti MADANI Bagan Samak.
“Sukan bola sepak baik untuk kesihatan dan saya seronok dapat bermain bola sepak penalti ini bersama rakan-rakan,” ujar Abd Rahim Salleh, 54, peserta Komuniti MADANI Selama.
Acara bola sepak penalti ini dimenangi oleh Pasukan Bomba 1 dan 2.
“Saya teruja dapat menjadi wakil untuk memimpin bacaan Ikrar Rukun Negara bersama rakan-rakan,” ujar Khairul Bahar Hashim, 42, Ketua Komuniti MADANI Serdang.
-ZS-