
Laporan/ foto: Mohd Sukri Ismail (Tumpat)
TUMPAT, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Penubuhan Komuniti MADANI adalah bertujuan menjadi penyambung kepada usaha kerajaan dalam menguar-uarkan dasar dan aktiviti kerajaan di peringkat komuniti.
Seiring dengan matlamat tersebut, setiap Komuniti MADANI disaran untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Kebangsaan tidak lama lagi.

Encik Muhd Nor Aswadi Md. Nor, Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, menjelaskan peranan Komuniti Madani sebagai penyampai maklumat dan dasar-dasar kerajaan
Pengerusi Komuniti MADANI Tumpat, Ahmad Shafik Abdul Rahman berkata, sebagai pengemudi komuniti, beliau bersedia untuk menjadi perantara dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada orang ramai.
“Komuniti MADANI berperanan dalam menjadi ‘gatekeeper’ dalam membetulkan fakta yang tidak benar yang tersebar luas selain membantu dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya.
Pengarah Penerangan Negeri Kelantan Mohd Nor Aswadi Md. Nor, berkata terdapat 135 Komuniti MADANI yang telah ditubuhkan di Kelantan dan 15 komuniti adalah di bawah Daerah Tumpat.
“Kempen Kibarkan Jalur Gemilang turut akan dilaksanakan, justeru setiap komuniti turut disaran untuk memasang bendera Jalur Gemilang di setiap rumah bagi menyemarakkan semangat patriotisme,” ujarnya di program JIWA Komuniti MADANI Parlimen Tumpat.
Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Mohamad Razak Idris berkata, sebagai sebuah negara merdeka orang ramai sewajarnya bergerak ke arah masyarakat yang bermaklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita palsu yang tidak sahih.

Dr Muhamad Razak menyampaikan sumbangan kepada penerima Bakul Rahmah
“Komuniti MADANI adalah penggerak kepada kerajaan yang sentiasa bersedia untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan untuk kepentingan orang ramai dan mewujudkan hubungan yang baik dengan semua masyarakat,” tambahnya.
Program ini mendapat sambutan yang baik dari guru-guru Kafa, Pengerusi JKKP Daerah Tumpat, ketua ketua Jabatan Daerah Tumpat.
-AA-