Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

KrMJ Perkasa Adab dan Nilai Murid Johor

By 1 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shahrina Amran (Tangkak)

TANGKAK, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Penekanan terhadap adab dan nilai yang tinggi adalah penting bagi melahirkan murid dan guru yang cemerlang dalam bidang kokurikukum selaras dengan konsep Karakter Murid Johor (KrMJ).

Ucapan perasmian oleh Aznan Tamin.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin, berkata adab dan akhlak bukan sahaja dapat dibentuk oleh guru di dalam kelas, malah melalui aktiviti kokurikulum juga nilai-nilai tersebut dapat diperkukuhkan.

“Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu, sebab itu saya amat menekankan kepentingan usaha gigih dan penglibatan ibu bapa dalam memastikan kejayaan pendidikan anak-anak,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Bakat Murid Negeri Johor 2023/2024 bertempat di Dewan Putra, di sini semalam.

Pada majlis sama, Aznan turut menyampaikan insentif Johor Stars Go Global kepada Sekolah Tun Fatimah dan SMK Sultan Ismail atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan antarabangsa.

Sesi menandatangani buku program oleh Aznan Tamin.

“Saya berharap kejayaan dua buah sekolah ini akan menjadi inspirasi kepada semua murid di negeri Johor untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan,” katanya.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Mohd Hanafi Samad, Pengarah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor Mazni Ruslan dan Pengurus Kanan Petronas Selatan Ainal Ghauth A. Latib@Talib,

-ZS-

Tinggalkan komen anda