Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kursus Penanaman Hidroponik Beri Peluang Penduduk Kampung Tingkat Hasil Pertanian

By 24 Jun 2024Jun 27th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Petrus Ngalih Tingi (Sarawak)

KUCHING, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Kursus Penanaman dan Penjagaan Hidroponik telah memberi peluang kepada penduduk Kampung Abang Padawan untuk mempelajari teknologi pertanian moden bagi meningkatkan hasil tanaman dengan menggunakan sumber air dan ruang tanah yang minimum.

Ketua Kampung Abang, Padawan.

Program selama dua hari bermula 21 Jun lalu itu dihadiri seramai 15 orang penduduk kampung tersebut.

Menurut Ketua Kampung, Rim Nyayon, 67, kursus tersebut memberi manfaat besar dalam meningkatkan kemahiran pertanian dan pengetahuan ekonomi penduduk kampung.

“Kursus seumpama ini diharapkan dapat mendorong lebih ramai penduduk kampung ini untuk melibatkan diri dalam bidang hidroponik sebagai alternatif kepada pertanian tradisional serta membantu mengurangkan kebergantungan terhadap faktor sedia ada pertanian seperti cuaca dan keadaan tanah yang semakin mencabar.

Sistem hidroponik yang telah disiapkan oleh perserta kursus tersebut.

“Terima kasih kepada Kolej Komuniti Mas Gading atas usaha mereka dalam menganjurkan kursus tersebut yang mengajar teknik pembuatan rumah hidroponik yang betul,” katanya, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda