Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lebih 1,000 Hadir Hari Terbuka SKDS 2.0

By 26 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 1,000 pemilik kenderaan berat termasuk pengusaha bas sekolah dan lori hadir ke Program Hari Terbuka Sistem Kawal Diesel Bersusidi 2.0 (SKDS 2.0) peringkat Negeri Selangor di Shah Alam Convention Center (SACC) semalam bagi mendapatkan maklumat terperinci berhubung bantuan subsidi diesel.

Sheik Mazrul Omar menyampaikan taklimat Budi Madani di Hari Terbuka SKDS 2.0.

Penolong Pengarah, Seksyen Khidmat Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Selangor Sheik Mazrul Omar, berkata SKDS 2.0 merupakan platform khusus untuk kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih terus mendapatkan subsidi diesel melalui ‘fleet card’.

“Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan.

“Bantuan subsidi tunai juga disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu untuk menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu,” jelas beliau.

Pengunjung Hari terbuka SKDS 2.0 menunggu giliran untuk berjumpa dengan wakil kementerian dan syarikat petroleum

Hari Terbuka SKDS 2.0 berlangsung sehari melibatkan Kementerian Kewangan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Kementerian Pertanian Malaysia, LHDN dan syarikat- syarikat petroleum yang terlibat langsung dengan subsidi diesel.

Pelanggan yang hadir mendapat penjelasan secara bersemuka dengan wakil kementerian di samping boleh membuat permohonan ‘fleet card’ yang akan diluluskan sekiranya dokumen lengkap.

-ZS-

Tinggalkan komen anda