Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Lebih 1000 Orang Sertai Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI 2024

By 24 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto oleh: Magdellina Alfred Jeho/Lance Dustan (Kuching)

KUCHING, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 1000 orang warga Kuching telah membanjiri Kuching Waterfront untuk turut sama memeriahkan Program Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI 2024 yang diadakan di sini, semalam.

12 orang ikon sukan Sarawak mengetuai Larian Baton

Untuk rekod, Kuching adalah destinasi terakhir larian baton SUKMA 2024 selepas menjelajah ke 11 Bahagian lain di serata pelusuk Sarawak sejak 27 April yang lalu.

Program larian baton tersebut telah diadakan bertujuan untuk mempromosi temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini dan Sarawak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah.

Albert Cyrill salah seorang peserta Larian Baton yang berjaya menamatkan larian sejauh 4.1 kilometer

“Saya rasa teruja kerana dapat menyertai larian ini dan percaya sukan dapat membantu menyatupadukan segenap lapisan masyarakat sepertimana yang dapat dilihat dalam program ini,” kata Albert Cyrill, 40, salah seorang peserta larian baton yang berjaya menamatkan larian sejauh 4.1 kilometer, pagi semalam.

Tinggalkan komen anda