Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Masjid, Surau Bagan Datuk Terima Sumbangan Perdana Menteri

By 15 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak sembilan masjid dan satu surau di daerah ini menerima sumbangan wang tunai daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwakili Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, di sini kelmarin.

“Sumbangan ini disampaikan kepada umat Islam yang akan meraikan hari raya korban pada tahun ini,” ujarnya.

Antara wakil masjid dan surau yang hadir.

Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan tersebut adalah Masjid Al-Quro Pekan Bagan Datuk, Masjid Al-Islah Kampung Matang Kunda, Masjid Al-Khairi Kampung Simpang Tiga dan Surau Pak Usu Kampung Gajah.

Turut hadir Pegawai Daerah Bagan Datuk Muhamad Ghopron Yeop Hamzah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda