
Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
AYER KEROH, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Melaka Agrofest 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Sejarah Ayer Keroh telah menarik ribuan pengunjung.
Menurut Pelajar Universiti Teknologi MARA, Nur Faiqah Dayana, 19, selain membeli-belah di Melaka Agrofest beliau juga memperolehi banyak ilmu-ilmu baharu berkaitan penternakan, pertanian dan perikanan.

Melaka Agrofest antara acara yang dinanti-nantikan setiap tahun dan sentiasa mendapat sambutan kalangan masyarakat.
“Sebagai seorang pelajar aliran sains yang meminati subjek biologi susah tentu saya mencari info-info berkaitan pembiakan haiwan dan tumbuhan serta bagaimana menghasilkan baja organik yang mesra alam.
“Ini kali pertama saya ke program Agrofest, banyak ilmu saya perolehi, dan pasti saya tidak akan lepaskan peluang ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang dijangka pada September depan,” ujar Faiqah semalam.
Dalam pada itu, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka Dr. Muhamad Akmal Saleh yang mewakili Ketua Menteri Melaka.

Dr. Muhammad Akmal Saleh merasmikan Melaka Agrofest 2024.