
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)
SELAMA, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) menjadi medan terbaik dalam memperkasa pembangunan belia di Malaysia.
Menurut Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Selama Anuar Darus, MPBN adalah medium untuk pemimpin-pemimpin belia melontarkan pendapat di platform yang tepat dan didengari oleh pihak jabatan and agensi yang berkaitan.

Anuar Darus ketika berucap.
“Seramai 43 ahli majlis terdiri daripada kepimpinan MBD, ahli-ahli lantikan pengerusi dan wakil-wakil agensi kerajaan terlibat bagi MPBN Peringkat Daerah Selama Sesi 2024/2025,” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah dan Tanah Selama, di sini semalam.
Tambah Anuar, sebanyak lapan usul telah dibentangkan dan maklum balas telah diberikan oleh jabatan dan agensi yang berkaitan.
Ini termasuklah pembentangan kertas kerja oleh Pengurus Pertubuhan Peladang Selama Ridduan Ismail berkaitan peluang dan geran yang ditawarkan oleh pihak Peladang khas buat golongan belia.

Pengerusi dan ahli MPBN Peringkat Daerah Selama.
MPBN Peringkat Daerah Selama dirasmikan pengerusinya yang juga Ketua Penolong Pegawai Daerah Selama Mustoffa Aliman.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama Suriati Mat Daud.
-ZS-