Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Murid Tahun Dua Juara Gagau Ikan di TBNSA

By 1 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff (Selangor)

SHAH ALAM, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Tuah seorang pelajar apabila diumum sebagai juara gagau ikan sempena Progam Tanam Padi Gagau Ikan di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), di sini hari ini.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan gagau ikan.

Adik Jannah Rose Mohd Firdaus, murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 Shah Alam memperolehi timbangan paling berat iaitu 8.28 kilogram mengalahkan peserta lain.

Menurut Jannah, sempena cuti sekolah ini beliau hadir bersama keluarga untuk merasai pengalaman pertama kali menggagau ikan di TBNSA selepas keluarganya berpindah ke sini.

“Saya rasa seronok sangat dapat merasai gagau ikan dan paling mengujakan apabila dapat menerkam ikan yang muncul di permukaan air tanpa rasa takut.

Antara peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan gagau ikan.

“Namun saya tidak menyangka memenangi tempat pertama kerana ramai lagi peserta yang ambil bahagian hari ini,” katanya.

Tempat kedua dimenangi Kayf Alkhalifah Kamarul Zaman, berusia 13 tahun dengan berat timbangan 6.385 kilogram dan ketiga disandang Muhammad Zul Arasy Mohd Alif, juga13 tahun apabila mengumpul 4.15 kilogram.

Sementara itu seorang pengunjung, Azlan Nor, 50, menyifatkan percutian ke destinasi sedemikian dapat mencipta memori manis bersama keluarga selain memberi pengalaman bermakna.

“Aktiviti seperti ini jarang lagi dilakukan generasi hari ini apatah lagi anak bandar yang banyak mengamalkan cara hidup moden,” katanya yang tinggal di Shah Alam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda