Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

NADI Membawa Masyarakat Luar Bandar Menyelusuri Arus Kecanggihan Teknologi Digital

By 14 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad/Hafizullah Abdul Aziz (Pendang)

PENDANG, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) adalah agensi yang ditubuhkan bagi memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam mengikuti arus kecanggihan teknologi digital masa kini.

PEDi sebelum ini berperanan memberikan perkhidmatan kepada usahawan untuk menjana pendapatan melalui pendigital perniagaan dalam talian.

Para peserta menyertai Bengkel Keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak NADI.

Seiring dengan penjenamaan semula NADI, peranan dan fungsinya juga turut diperluaskan dan bukan sahaja beroperasi sebagai pusat Internet digital semata-mata.

Ketua Kluster NADI daerah Pendang Lailatul Mawadiah Mohamad Yusuff ketika ditemui semalam, berkata selain daripada memberi pemahaman kepada masyarakat mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI), NADI juga bertindak sebagai pusat rujukan dan penyaluran maklumat mengenai inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan kepada orang ramai.

“NADI juga membantu orang ramai mencari maklumat dan memudahkan urusan pendaftaran inisiatif yang disediakan oleh kerajaan antaranya pengemaskinian maklumat sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dan yang terbaru adalah permohonan subsidi diesel melalui program BUDI MADANI.

Warga komuniti yang turut hadir.

“Setiap bulan pelbagai program direncanakan yang melibatkan masyarakat pelbagai lapisan umur untuk membantu mereka memperkasakan modal insan dan menjana pendapatan melalui aktiviti ekonomi digital,” ujarnya.

Warga Komuniti MADANI Kampung Batu 16 dan Komuniti MADANI Kampung Alor Ali berkunjung ke NADI Bukit Raya Dalam di sini semalam bagi mengetahui fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI, mengikuti Bengkel Keusahawanan: TikTok Shop dan Affiliate serta membuat penyemakan kelayakan subsidi diesel bersasar.

Turut hadir Penyelaras NADI Wilayah Utara Sahril Ahmad Rashdi, Pengurus NADI Bukit Raya Dalam Syafiqah Yusoff dan tujuh lagi pengurus NADI seluruh daerah Pendang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda