
Laporan/foto: T.Punithen (Kuala Kangsar)
SUNGAI SIPUT, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 100 pelajar hadir menyertai Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sungai Siput, di sini semalam.

Sesi simulasi teknik CPR apabila berhadapan situasi kecemasan.
Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama Komuniti Madani Taman Tun Sambathan dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Sungai Siput memberi pendedahan kepada pelajar dalam menangani situasi kecemasan.
Antaranya ialah latihan pertolongan cemas Cardiopulmary Resuscitation (CPR), penggunaan alat Automated External Defibrillator (AED) dan pengetahuan praktikal yang mampu menyelamatkam nyawa.
Program dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput S.Kesavan.
“Saya memuji usaha murni ini dan berharap program seumpama ini diadakan di peringkat yang lebih besar dengan penglibatan masyarakat tempatan,” katanya.

S. Kesavan ketika berucap merasmikan program.
Sementara itu, Ketua Komuniti Madani Taman Tun Sambathan Sugu Veeran menekankan kepentingan aktiviti seperti ini dapat menyediakan masyarakat dengan ilmu asas pertolongan cemas.
“Bantuan awal kepada seseorang yang mengalami kecederaan atau masalah kesihatan memerlukan respon cepat sebelum bantuan perubatan lebih lanjut diberikan.
“Pertolongan cemas penting untuk menjaga nyawa dan keselamatan individu yang terlibat,” jelasnya.
Tambah Sugu Veeran, program ini bukan sahaja mendidik malah memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
-ZS-