Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bunga ‘Chenille’ Jana Pendapatan Komuniti Desa

By 3 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Akmal Ahmed

PASIR MAS, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Pembuatan bunga ‘chenille’ atau lebih dikenali bunga dawai berbulu sebagai aktiviti sampingan berupaya menjana pendapatan penduduk desa khususnya kaum wanita.

Peserta menyiapkan bunga ‘chenille’.

Menurut tenaga pengajar, Suhailey Azila, 39, untuk membuat satu bentuk bunga ‘chenille’ bagi yang mahir mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam dan lima jam yang tidak mahir.

“Hasil bunga yang telah siap dihasilkan akan dipamerkan di Pusat Komuniti Desa (PKD) dan dijual kepada orang ramai. Harga sebentuk bunga juga berpatutan iaitu RM13.00 yang kecil dan RM30.00 bagi bunga yang besar.

“Program seperti ini dapat membuka banyak peluang kepada masyarakat setempat untuk mengembangkan kemahiran yang sedia ada dan membantu menjana pendapatan bagi yang betul-betul berminat dalam bidang seni kreatif,” katanya dalam Program JIWA Madani DUN Gual Periok di Pusat Komuniti Desa, Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang, di sini kelmarin.

Bunga ‘chenille’ yang telah siap dihasilkan oleh salah seorang peserta.

Program tersebut diadakan bagi membantu memberi pendedahan lebih meluas kepada komuniti berkaitan bidang seni kreatif melalui hasil kerja tangan.

Menurut peserta, Halisa Mansor, 30, proses untuk menbuat bunga ini agak mencabar dan memerlukan kreativiti.

“Saya sangat teruja setelah melihat hasil yang dibuat dengan tangan dan kemahiran sendiri.

“Bahan-bahan untuk membuat bunga ini juga tidak mahal dan senang didapati memudahkannya untuk menceburi bidang seni kreatif ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda