Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Penduduk Kampung Kuala Sungai Baharu Hadir Forum Penipuan Dalam Talian @ Scammers

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/ Anuar Che Amat (Arau)

ARAU, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Program Taklimat Isu-Isu Semasa Peringkat Negeri Perlis pada tahun ini telah diadakan pada hari ini, bertempat di Nelayan Home Chalets, Kuala Sungai Baharu Simpang Empat.

Panel daripada SKMM menerangkan peranan SKMM bagi jenayah penipuan

Program ini dianjurkan oleh Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis, Jabatan Siasatan Jenayah & Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Perlis serta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Negeri Perlis.

“Forum turun padang seperti ini dilihat dapat mendedahkan dan juga menyedarkan orang ramai tentang bahayanya ancaman penipuan komersial (scammers) setempat, ujar Timbalan Pengerusi JKKP Kuala Sg Baharu, Razak Saad ketika ditemui selepas program.

“Jenayah komersial kini, saya lihat bukan sahaja melibatkan aktiviti pembelian dalam talian, namun juga penipuan pautan bantuan dalam talian ataupun aktiviti scammers yang berubah modus operandinya dan kadang kala tanpa disedari, kita yang memulakannya seperti tidak semak pautan dan terus menekan pautan yang tidak tepat atau palsu,” ujarnya.

Beliau menyatakan program sebegini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

JSJK, IPK Negeri Perlis turut mengedarkan risalah berkaitan scammers

Forum yang telah diadakan pada hari ini telah disampaikan oleh Pegawai Risikan/ Operasi JSJK, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis iaitu ASP Tungku Nooraziela Tungku Mohzar dan Timbalan SKMM Negeri Perlis, Mohd Izwan Ismail.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Mazli Hamdan.

-AA-

Tinggalkan komen anda